Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia Cawangan Selatan meliputi 3 buah negeri iaitu Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor. Mula ditubuhkan pada 1 Januari 1987 dan berpejabat di Negeri Melaka iaitu di alamat Lot 523-525A Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah. Pengarah JPBD yang pertama pada ketika itu ialah En. Ong Hong Fong, serta dianggotai oleh lapisan pegawai seramai lebih kurang 50 orang.
Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah |
JPBD Cawangan Selatan berfungsi untuk mengawal pembangunan dengan lebih teratur dan meluas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) serta berfungsi membantu pihak Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal pembangunan di dalam kawasannya. Antara kajian yang mula dijalankan ialah Rancangan Struktur Johor Barat 1987-1992, Rancangan Struktur Bandaraya Bersejarah dan Rancangan Luar Bandar bagi Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor.
Graha Peladang, Jalan Hang Tuah |
Pada 26 Jun 1993, JPBD Cawangan Selatan telah berpindah ke Bangunan Graha Peladang, Jalan Hang Tuah Melaka dan ditukar namanya kepada JPBD Semenanjung Malaysia Pejabat Projek Melaka. Pada tahun 2008, Pejabat Projek Melaka sekali lagi bertukat nama kepada JPBD Semenanjung Malaysia, Pejabat Projek Zon Selatan sehingga kini dan sekali lagi berpindah pejabat iaitu ke Menara Persekutuan, MITC, Hang Tuah Jaya pada 30 Jun 2010. Satu unit daripada Pejabat Projek Zon Selatan yang dinamakan Unit Rancangan Pembangunan 1 (URP Johor) telah ditempatkan di Johor Bahru iaitu di Bangunan ANG, Larkin.
Berikut merupakan senarai pengarah-pengarah yang pernah menerajui PPZS bermula tahun 1987 sehingga kini.
Bangunan ANG, Larkin, Johor Bahru |
Menara Persekutuan, MITC, Ayer Keroh , Melaka |
Berikut merupakan senarai pengarah-pengarah yang pernah menerajui PPZS bermula tahun 1987 sehingga kini.
No comments:
Post a Comment